- Menggunakan krim mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus, ia mengering dan memudahkan bahan tersumbat pada liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hingga enam bulan.
- Basuh kulit setiap hari, tetapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
- Elakkan membuat sauna pada wajah kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan daripada orang lain.
- Dapatkan rehat secukupnya kerana jerawat mungkin timbul daripada perasaan tertekan, masalah dan badan letih.
- Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat daripada kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat akibat kulit berminyak.
- Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
- Guna solekan muka berasaskan air iaitu alat solek yang noncomedogenic atau nonacnegenic.
- Cuci wajah yang penuh dengan solekan sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutama waktu malam.
- Elak sinar ultra lembayung (UV) atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama akan merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua dan menutup liang sebum.
- Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut
Sumber laman web www.greenteacolostrum.com/jerawat-tips-petua
Sumber: Berita Harian
Category: Beauty & Health Tips


/Kempen2_cover(small).jpg)

.jpg)



