Tag-Archive for » kacip fatimah «

Thursday, December 03rd, 2009 | Author:

Maajun Anggun Bistari (MAB) adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu.

Kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multi-purpose (pelbagai tujuan) dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga.

MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul.

MAB boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang tua.
MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi orang Islam.

Kandungan
- Kacip Fatimah
- Serapat
- Senduduk
- Habbatus Sauda/Jintan Hitam
- Inai
- Manjakani
- Madu

Khasiat
- Merancang keluarga
- Merawat keputihan
- Memelihara peranakan
- Membuang darah kotor/period lama/nifas lama
- Teraturkan period
- Awet muda
- Mencantikkan kulit
- Menegang Payu Dara
- Melancar peredaran darah
- Menambah tenaga
- Mengawal kolesterol dalam darah
- Mengawal berat badan
- Melawas buang air besar

*********************************

Sebagai makluman, MAB ini bukanlah hanya semata-mata untuk family planning sahaja, malah MAB boleh dikatakan ubat pelbagai guna (multi-purpose). Pada umumnya MAB mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri berguna untuk kesihatan dalaman/fizikal wanita. Berikut antara khasiat-khasiatnya:

Lain-Lain Kegunaan MAB

Di bawah diterangkan sedikit secara ringkas lain-lain kegunaan MAB seperti mana yang dimaksudkan sebagai ubat pelbagai guna (multi-purpose). Antaranya adalah seperti berikut:

Melambatkan Menopause

Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan menopause di usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40-an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah usia sekitar 30-an. Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan.

Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan kita menopause terlalu awal. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumah tangga. Hubungan seksual suami-isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut.
InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.

MAB Untuk Ikhtiar Mendapatkan Anak

Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period yang tidak keluar habis / keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki dari salur peranakan (fallopia) menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan (ovum/telur).

Dengan mengamalkan MAB, ianya akan mengeluarkan kembali darah period lama (berwarna hitam/coklat) dan lemak (berwarna keputihan) supaya proses perjalanan sperma lelaki tidak tersekat seterusnya tempoh persenyawaan dengan ovum/telur terjadi lebih cepat.
Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiar dengan pengambilan MAB.

Sesuai Bagi Perempuan Berumur/Warga Emas

MAB bukan saja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada perempuan-perempuan berumur 50-an ke atas.

Antara khasiat-khasiatnya yang boleh diperolehi seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas kaki/tangan dan sebagainya.

*********************************

Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindakbalas awal.
MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti berikut:

Bahagian Peranakan

Ia akan mencairkan darah period lama/nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin).
Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat.
Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan diri masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period yang pendek, bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut.
Pada peringkat ini anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda.

Memecahkan lemak / kolesterol / toksin

Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolesterol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan akan dibuang bersama najis air besar.
Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin/kentut

Selepas selesai tempoh itu anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB.
Pada tahap ini period akan kembali normal. Maksudnya apabila habis saja makan 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai.

Darah period lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam tempoh jangka panjang. Antara risikonya terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan InsyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah.

Dengan kata lain MAB adalah salah satu ikhtiar untuk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

 

Sumber: Sal Beauty & Health