Leher bahagian paling mudah menyerlahkan usia sebenar kerana ia mudah berlapis dan menggeleber. Teknik solekan terbaik sekalipun, gagal menutup kekurangan diri anda. Berikut antara petua bagi mendapatkan leher cantik:
- Bersihkan bahagian wajah dan leher setiap hari. Lupa membersihkan bahagian leher menjadi penyebab ia mudah kelihatan kusam dan tidak bermaya. Leher yang tampak muda juga perlu disental iaitu leher digosok menggunakan penyental dalam gerakan perlahan. Ini bagi mencegah pertumbuhan sel kulit mati yang tidak boleh dibersihkan oleh sabun ataupun pembersih biasa.
- Pada sebelah pagi pula, sebaiknya sapukan pelindung sinar pada bahagian berkenaan untuk mencegah penuaan yang disebabkan sinar matahari kerana ia akan membuat warna kulit jadi tidak sama sehingga timbul bintik kehitaman. Sapukan pelembab pada leher bagi mengelakkan kulit gatal dan kering.
- Rehatkan ketegangan pada bahagian leher, rahang dan wajah, dengan menekan lidah ke langit-langit mulut selama beberapa saat. Lepaskan dan anda akan terasa lebih ‘ringan’.
- Banyakkan kegiatan sukan, atau makan makanan tinggi vitamin C kerana ia membantu memperbaiki kesihatan tubuh dan kulit.
- Sekiranya menggunakan krim antipenuaan, sapukan sekali pada bahagian leher. Sambil menyapu, picit-picit sedikit pada bahagian berkenaan supaya krim berkenaan menyerap dengan sempurna ke kawasan sekitar.
- Duduk dalam keadaan kepala menegak. Secara tidak langsung ia membantu mendapatkan postur tubuh yang baik.
- Jangan tidur menggunakan bantal. Penggunaan bantal ketika tidur hanya akan menyebabkan berlaku dagu berlapis.
- Setiap hari sebelum mandi, amalkan mengurut bahagian leher dari atas ke bawah menggunakan minyak dalam tempoh satu hingga dua minit.
- Bagi mengelakkan bahagian berkenaan terlalu kontras, sapukan lemon atau kunyit (serbuk kunyit dicampur dengan sedikit air) pada bahagian muka dan leher.
Sumber: Berita Harian





.jpg)



