Tag-Archive for » pelembab «

Friday, December 18th, 2009 | Author:

Leher bahagian paling mudah menyerlahkan usia sebenar kerana ia mudah berlapis dan menggeleber. Teknik solekan terbaik sekalipun, gagal menutup kekurangan diri anda. Berikut antara petua bagi mendapatkan leher cantik:

  • Bersihkan bahagian wajah dan leher setiap hari. Lupa membersihkan bahagian leher menjadi penyebab ia mudah kelihatan kusam dan tidak bermaya. Leher yang tampak muda juga perlu disental iaitu leher digosok menggunakan penyental dalam gerakan perlahan. Ini bagi mencegah pertumbuhan sel kulit mati yang tidak boleh dibersihkan oleh sabun ataupun pembersih biasa.
  •  

  • Pada sebelah pagi pula, sebaiknya sapukan pelindung sinar pada bahagian berkenaan untuk mencegah penuaan yang disebabkan sinar matahari kerana ia akan membuat warna kulit jadi tidak sama sehingga timbul bintik kehitaman. Sapukan pelembab pada leher bagi mengelakkan kulit gatal dan kering.
  •  

  • Rehatkan ketegangan pada bahagian leher, rahang dan wajah, dengan menekan lidah ke langit-langit mulut selama beberapa saat. Lepaskan dan anda akan terasa lebih ‘ringan’.
  •  

  • Banyakkan kegiatan sukan, atau makan makanan tinggi vitamin C kerana ia membantu memperbaiki kesihatan tubuh dan kulit.
  •  

  • Sekiranya menggunakan krim antipenuaan, sapukan sekali pada bahagian leher. Sambil menyapu, picit-picit sedikit pada bahagian berkenaan supaya krim berkenaan menyerap dengan sempurna ke kawasan sekitar.
  •  

  • Duduk dalam keadaan kepala menegak. Secara tidak langsung ia membantu mendapatkan postur tubuh yang baik.
  •  

  • Jangan tidur menggunakan bantal. Penggunaan bantal ketika tidur hanya akan menyebabkan berlaku dagu berlapis.
  •  

  • Setiap hari sebelum mandi, amalkan mengurut bahagian leher dari atas ke bawah menggunakan minyak dalam tempoh satu hingga dua minit.
  •  

  • Bagi mengelakkan bahagian berkenaan terlalu kontras, sapukan lemon atau kunyit (serbuk kunyit dicampur dengan sedikit air) pada bahagian muka dan leher.

 

 

Sumber: Berita Harian

Tuesday, December 08th, 2009 | Author:

Kawal Pemakanan

Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan

***********************

Guna Pelembab Yang Sesuai

Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

***********************

Cuba Elakkan Dari Pancaran Cahaya Matahari

Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

***********************

Sentiasa Bersenam

Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

***********************

Minum Banyak Air

Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

***********************

Makanan Tambahan

Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

***********************

Elakkan Bermekap Tebal.

Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

***********************

Positif, Ceria Dan Selalu Bersama Yang Tersayang.

Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

 

 

Sumber: Berita Harian