Tag-Archive for » tip «

Tuesday, December 08th, 2009 | Author:

Kawal Pemakanan

Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan

***********************

Guna Pelembab Yang Sesuai

Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

***********************

Cuba Elakkan Dari Pancaran Cahaya Matahari

Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

***********************

Sentiasa Bersenam

Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

***********************

Minum Banyak Air

Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

***********************

Makanan Tambahan

Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

***********************

Elakkan Bermekap Tebal.

Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

***********************

Positif, Ceria Dan Selalu Bersama Yang Tersayang.

Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

 

 

Sumber: Berita Harian

Wednesday, July 15th, 2009 | Author:

Selain keinginan dan kesedaran untuk menjaga kesihatan, keselesaan ketika bersenam juga perlu dititik beratkan. Ia bukan hanya sekadar menambahkan selesa ketika melakukan aktiviti, malah menjaga tubuh dari kesan jangka panjang lain misalnya kecederaan pada tubuh.
10 perkara yang perlu anda tahu ini pastinya dapat membantu anda bersenam dengan lebih selesa tanpa takut tercedera. Jadikan panduan dan cuba apa yang disarankan.

  1. ‘Cooling Down’
    Aktiviti ini merupakan langkah wajib yang perlu diberi perhatian. Ia menghalang keadaan tubuh terutamanya otot dan sendi dari berada dalam keadaan tegang dan kembali kepada posisi asal tubuh. Anda boleh melakukan aerobik mudah atau hanya meregangkan kembali otot-otot. Ia sudah memadai. Jangan abaikannya.
  2.  

  3. Ambil makanan sebelum & selepas
    Untuk memastikan kemantapan melakukan senaman, sebaiknya pastikan anda mengambil sedikit makanan dari jenis yang agak berat untuk membekalkan tenaga 2 hingga 3 jam sebelum memulakan senaman. Usah gusar memilih makanan. Karbohidrat kompleks lengkap dan bekalan sedikit gula mungkin dapat membantu anda. Ia mencegah rasa lapar ketika aktiviti senaman anda berlangsung.
  4.  

  5. Jangan paksa diri
    Lakukan aktiviti senaman anda perlahan-lahan tanpa memaksa tubuh untuk melakukan sebarang beban mahupun regangan yang memberi tekanan. Paksaan pada tubuh akan membuka peluang untuk cedera. Cuba beban dari peringkat bawah dan senaman ringan, selebihnya gandakan beban setelah badan bersedia untuk menerimanya.
  6.  

  7. Ubah citarasa senaman
    Ubah citarasa senaman anda dengan aktiviti berbasikal. Berbasikal tergolong dalam aktiviti kardio yang menyihatkan. Berbasikal juga berupaya mengurangkan kesan kecederaan pada lutut dan sendi-sendi lain. Kelebihan lain, berbasikal menguatkan kaki dan bahagian pinggul anda disamping memberi impak baik pada kesihatan jantung.
  8.  

  9. Sediakan tuala kecil
    Pastikan sepanjang senaman anda sentiasa selesa. Sematkan tuala kecil di leher atau jika anda bimbang ianya mengganggu, letakkan di tepi disebelah anda supaya memudahkan anda menggapainya. Pengeluaran peluh yang banyak mengganggu tahap tumpuan anda.
  10.  

  11. 10 minit tiap hari
    Setiap hari pastikan anda tidak terlepas melakukan sebarang aktiviti mahupun senaman, biarpun hanya 10 minit. Ia mengekalkan stamina malah melatih otot tubuh supaya bergerak dan bertindak dengan daya rangsangan setiap hari.
  12.  

  13. Lebihkan air
    Sediakan bekalan air kosong yang banyak ketika anda bersenam. 30 minit selepas melakukan sebarang aktiviti, anda biasanya kehilangan jumlah air yang banyak akibat berpeluh. Pastikan setiap 15 minit sekali, anda meneguk jumlah air yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan jumlah air ini.
  14.  

  15. Bakar lemak dengan aerobik
    Bagi wanita, aerobik antara senaman terbaik. Sama ada aerobik jenis biasa, sederhana mahupun ‘dance aerobic’ yang hebat dan pantas anda tetap mampu membakar jumlah lemak di badan. Namun, usah berhenti melakukannya, cukup 30 minit setiap hari.
  16.  

  17. Elak masa yang lama
    Jangan ambil masa yang terlalu lama untuk senaman atau mengangkat beban untuk suatu tempoh senaman tertentu. Masa 1 hingga 2 jam, membuatkan otot keletihan dan ini membuka peluang untuk anda mengalami kecederaan. Usah memaksa, 30 minit setiap hari sudah memadai untuk kebaikan jangka pangjang.
  18.  

  19. Dapatkan rakan
    Bersenam bersama rakan lebih menyeronokkan. Malah ia mendatangkan hasil pada tubuh. Rakan dan suasana yang gamat mendorong anda melakukan senaman ini tanpa tekanan. Malah anda juga biasanya tidak akan cuba mengelak sebarang senaman yang sedikit sukar bagi anda. Ini tentunya gandaan pada tubuh.

 

 

Sumber: Rapi 15 November 2005

Category: Beauty & Health Tips  | Tags: , ,  | 2 Comments